Selamat Datang ke blog Rahmart enterprise

Selamat Datang. Blog ini akan berfungsi sepenuhnya sedikit masa lagi..

LAILATUL QADAR

Mari kita sama-sama mencari lailatul qadar di 10 malam terakhir. Banyakkan IBADAH, bukan banyak BELI-BELAH... banyakkan AMALAN bukan MAKAN...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Tempahan masih lagi dibuka sehingga 25 Ogos 2011

IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd. BACA LANJUT ...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Jom.. Membeli sambil menderma kepada Hal Ehwal Sekolah Agama

Saturday, December 20, 2008

Siri10

Virus Bahaya dalam Gerakan Islam

Menurut Al-Ustaz Fathi Yakan, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik). Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.

Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua. Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.

Mengenai Virus Bahaya

Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan kegagalan membina tanzim dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh. Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata. Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Penkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya. Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya. Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah. Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka. Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah. Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalah harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional. Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah. Wallahu a’alam.

Thursday, December 18, 2008

Di Ambang 2009




Tuesday, December 9, 2008

Siri 9

KHAS RAYA HAJI

AlLahukbar ! AlLahukbar ! AlLahukbar !... walilLahilhamd ! Selamat Hari Raya Qurban diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat sekelian walau di mana jua berada. Sempena dengan perayaan agung ummah ini ana mendoa dan menyeru kepada diri ana dan ummah seluruhnya marilah kita pertingkatkan pengetahuan, pengorbanan dan ukhuwah sesama ummah seluruhnya bagi mengembalikan keIzzahan Islam itu sendiri.

*Tarbiyyah – Kepentingan Tarbiyyah dalam gerakan:

Membentuk ahlinya di semua peringkat agar mempunyai ciri-ciri akhlak atau adab yang menepati akhlak Islam, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Membentuk atau menerapkan akhlak Islam tersebut ke dalam masyarakat sebenar yang berada di sekeliling kita tanpa adanya batas geografi dan warna kulit.

Menegakkan amar maaruf nahi mungkar supaya diri dan masyarakat terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak beriman kepada AlLah.

Menjalankan segala aktiviti yang membolehkan ahli atau anggota masyarakat menzahirkan penghambaan kepada AlLah dan hidup sebagai khalifah AlLah yang mencari keredhaanNya.

Demikian di antara tujuan pentarbiyyahan yang sepatutnya diberikan keutamaan oleh kita sebagai anggota sebuah gerakan Islam. Para pendokong gerakan Islam seharusnya telah bersedia untuk tujuan dan halatuju tersebut.

Semua aktiviti dan strategi gerakan patut dilihat dan dinilai melalui kacamata tujuan dan matlamat tarbiyyah. Maka barulah perlaksanaannya menjadikan sebuah gerakan Islam itu segala aktivitinya adalah ibadat. Topik pentarbiyyahan memanglah menarik untuk diperbincang tetapi amat payah apabila hendak diterjemahkan menjadi realiti. Ini kerana ia bukanlah seni yang dinikmati keindahan lahirnya, tetapi ia adalah `kehidupan` itu sendiri bagi seseorang yang akan dipersembahkan kehadapan AlLah di akhirat nanti. Oleh itu kita mengharapkan setiap amalan dan kerja kuat kita bersama pertubuhan untuk memenangkan Islam adalah kehidupan kita yang sebenarnya, bukan untuk tujuan-tujuan yang lain. Kita berlindung diri kepada AlLah SWT daripada gugur dipertengahan jalan tanpa mencapai keredhaanNya.

** Selamat Pengantin Baru (Kepada semua bakal /pasangan pengantin)

Islam menuntut serta menggalakkan ummatnya agar berkahwin dan berkeluarga, kerana keluarga adalah satu unit kecil dalam masyarakat yang lebih besar dan seterusnya akan membentuk sebuah daulah (Hadharah hari esok). Rumahtangga yang dibina atas asas yang kukuh berlandaskan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah merupakan tapak yang subur untuk dibangunkan sebuah negara Islam di masa hadapan.

Pemilihan jodoh bakal pasangan adalah muqaddimah kepada sebuah perkahwinan. Nabi Muhammad SAW menganjurkan supaya 4 ciri yang perlu diberikan perhatian apabila membuat pemilihan iaitu:

a) kerana hartanya b) kerana keturunannya c) kerana kecantikannya d) kerana pegangan agamanya.

Jika tidak dapat berkumpulnya kesemua ciri-ciri tersebut berbahagialah orang yang mengutamakan pegangan agamanya sebagai pilihan utama.

Suatu perkara yang perlu difahami oleh seseorang sebelum termetrainya sebuah pernikahan atau perkahwinan, ialah ianya merupakan suatu / sebuah perjanjian (kontrak) untuk bertanggungjawab terhadap tugas atau tanggungjawab masing-masing. Suatu pernikahan tidak boleh dihadkan tempohnya walaupun bukan semua perkahwinan kekal sepanjang hayat. Antara hikmah disyariatkan perkahwinan;

Menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita mengikut panduan agama.

Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram seperti zina dan muqaddimahnya.

Memelihara keturunan daripada kehinaan dan kemerosotan.

Melahirkan zuriat dan anak pinak.

Membentuk keluarga yang akan membantu menyusun struktur masyarakat ummah.

Melahirkan semangat tolong menolong di antara ahli keluarga.

Mengujudkan kerjasama antara suami isteri untuk memikul amanah kehidupan serta mengeratkan lagi hubungan 2 buah rumpun keluarga.

Matlamat sebuah perkahwinan dilangsungkan adalah bagi mencapai kebahagian dan keredhaan. Oleh itu amatlah wajar bagi setiap pasangan bersedia dari segi mental dan jiwanya untuk melakukan `perubahan` apabila memasuki gerbang baru iaitu sebuah ` bahtera keluarga`.

Saturday, December 6, 2008

EidulAdha

Siri 8

Antara Perjuangan, Pengorbanan & Wadah

Dengan memohon taufiq serta hidayah dariMu ya AlLah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam terhadap Rasul Junjungan Muhammad SAW serta kaum keluargamu yang dikasihi seterusnya kepada semua para sahabat yang bagaikan bintang-bintang menghiasi kegelapan malam hari. Setinggi-tinggi kesyukuran pihak kami panjatkan kepadaMu ya Rabbi di atas segala ketentuan dariMu ini.

Saudara-saudaraku kehidupan di dunia fana ini akan terus berjalan tanpa memperdulikan sesiapa pun, sampai tempoh masa yang ditentukan ILahi kepada setiap orang atau mahkluk tersebut akan bertemulah ia dengan noktah atau pemberhentian atau kematian atau kemusnahan atau kehancuran kerana itulah selayaknya kepada sesuatu yang bersifat `baharu` di alam fana ini. Setiap mahkluk tersebut, terutamanya kita wahai saudara-saudaraku ! Kitalah yang seharusnya memastikan setiap detik kehidupan yang kita lalui ini bermanfaat untuk perjuangan yang telah kita sepakati dan yakini akan kebenarannya, yang mampu memberikan kebahagian di dunia serta di akhirat nanti.

Bila membicarakan perjuangan, ia bukan lagi ikut-ikutan atau mengisi masa terluang atau menjangkakan perkembangan-perkembangan politik semasa. Itu semua `perjuangan` bagi mereka yang keliru dan tak tahu apa yang hendak diperjuangkan dalam masa yang cukup suntuk serta terbatas ini. Sebenarnya kita sebagai ummat Islam tidak punya banyak masa untuk berteori dan berkhayal melayani kehidupan mereka yang tidak yakin dengan adanya akhirat. Ummah tidak punya masa untuk dibazirkan waktu serta segala potensi ummah bagi mengikut dan menjayakan agenda musuhnya atau mereka yang tidak yakin tersebut. Perjuangan bagi ummat Islam ialah apabila hadirnya makna keimanan kepada Pencipta dan Pentadbir sekelian alam ini di dalam jiwa mereka, lalu membuahkan keyakinan yang akan dipegang dan diperjuangkan dalam seluruh kehidupannya samada secara peribadi ataupun bermasyarakat, dengan mengambil contoh utusan AlLah, iaitu RasululLah SAW dan para sahabat Baginda serta mereka yang mengikut akan mereka itu sampailah ke hari terakhir bagi kehidupan di alam sementara ini.

Bagi ummat Islam, perjuangan juga ialah keyakinan dan kehidupan yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk membina hadharah hari esok, yang pastinya Hadharah Islamiyyah, seperti yang pernah tertegak di atas mukabumi AlLah ini suatu waktu dahulu. Hadharah hari esok akan lebih cepat sampai dan dapat khalayak ummah memiliki jika semua kita memulakan perjalanannya hari ini. Teruja saya akan kepetahan Si anak kecil Johan Khutbah Ihtifal PASTI Kebangsaan sebulan yang lalu. Kata Si khatib -

`Jika kamu merancang untuk setahun yang akan datang, cukup dengan menanam padi ! Jika kamu merancang untuk sepuluh tahun yang akan datang, cukup dengan menanam pohon-pohon ! Tetapi jika kamu merancang untuk 100 tahun yang akan datang ! Maka didiklah anak-anak generasimu hari ini mengikut acuan yang kamu inginkan.`

Hadharah hari esok bagi setiap ummah itu bermula dari titik atau garis permulaannya hari ini dengan kata lain ketika dan saat ini, yang kita hidupkannya bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran kerana AlLah.

Perjuangan yang haq dan panjang pasti membutuhkan perancangan serta pengorbanan dari setiap pendokong-pendokongnya. Firman AlLah bermaksud; ` Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang sederhana jauhnya pastilah mereka mengikuti kamu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.` - at-Taubah 42.

`Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya( beriman) kepada AlLah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan AlLah. Mereka itulah orang-orang yang benar.` al-Hujurat 15.

`Jika kamu meminjamkan kepada AlLah pinjaman yang baik, nescaya AlLah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan AlLah Maha Pembalas jasa lagi Maha Penyantun.`- at-Taghaabun 17.

Untuk sampai kepada kemampuan melakukan pengorbanan sepertimana yang dituntut oleh agama Islam dalam perjuangan kita, tidak dapat tidak mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi serta ikhlas hanya untuk AlLah Azzawajalla. Pengorbanan mungkin sesuatu yang mudah dan selalu di sebut, terutamanya apabila untuk orang lain atau pihak bawahan yang ditagih melaksanakannya. Pengorbanan menjadi terlalu sukar malah sering dilupakan begitu saja apabila diri sendiri atau pimpinan atasan sepatutnya memulakan. Saudara-saudaraku sebenarnya itulah rahsia yang tersirat di sebalik kalimah `pengorbanan`.

Pengorbanan Nabi Ibrahim as, pengorbanan Ismail as, dan pengorbanan Hajar ra bukanlah semudah kita mendengar segala kisah-kisah mereka. Pengorbanan yang terpaksa mereka pasrahkan demi sebuah keyakinan tuntutan penghambaan kepada AlLah SWT. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW, pengorbanan kaum keluarga ahlul-bait dan pengorbanan seluruh generasi sahabah demi melengkapkan sebuah keyakinan laiLahaillalLah MuhammadurrasululLah. Semuanya ini terakam sebagai bukti dan saksi yang terus hidup di dalam jiwa mereka yang dihidupkan oleh AlLah dengan keyakinan sebagaimana yang diperintahkanNya.

Begitulah sebenarnya saudara-saudaraku lumrah kehidupan yang AlLah SWT ciptakan di dunia fana ini sentiasa menuntut ia akan pengorbanan bagi menguji keyakinan para hambaNya yang benar-benar beriman dengan hari akhirat. Ada kalanya pengorbanan tersebut terlalu mahal harganya mengikut kacamata biasa nilaian dunia, tetapi insyaAlLah akan ada manusia yang beriman tetap menyahut tuntutannya sebagai hambaAlLah di sepanjang masa. Firman AlLah bermaksud ;

`Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu.`

- Az-Zaariyat 56.

` Sesungguhnya AlLah telah membeli dari orang-orang Muslim, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…` - at-Taubah 111.

Dalam suasana dunia yang sudah tidak ada Nabi dan para Rasul untuk membimbing kita ummat akhir zaman, supaya menjadi hamba yang sebenar kepada Tuhannya. Maka amanah kenabian tersebut akan dipikul oleh Jemaah Islam ataupun Harakah Islam yang benar-benar menepati ciri- ciri dan sifat-sifat para Nabi dan Rasul alaihimussalatuwassalam. Itulah wadah yang akan menjadi harapan ummat marhaen, pembela para mustada`fin, penolong fuqara wal masakin, pembimbing para mukhlisin, penunjuk jalan kebenaran kepada a`bidin serta a`milin dan teman rapat kepada para mujahidin serta solehin. Wadah ini digeruni oleh kuffar dan mustakbirin, dimusuhi oleh para fasiqin dan munafiqun serta dibenci oleh para zalimun dan jahilun. Firman AlLah bermaksud : ` Muhammad itu adalah utusan AlLah dan pengikut-pengikut yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama orang-orang mukminin…al-Fath 29