Selamat Datang ke blog Rahmart enterprise

Selamat Datang. Blog ini akan berfungsi sepenuhnya sedikit masa lagi..

LAILATUL QADAR

Mari kita sama-sama mencari lailatul qadar di 10 malam terakhir. Banyakkan IBADAH, bukan banyak BELI-BELAH... banyakkan AMALAN bukan MAKAN...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Tempahan masih lagi dibuka sehingga 25 Ogos 2011

IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd. BACA LANJUT ...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Jom.. Membeli sambil menderma kepada Hal Ehwal Sekolah Agama

Saturday, August 21, 2010

Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda PAS


Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2010 akan datang di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . Alhamdulillah , program besar yang bakal menghimpunkan hampir 5000 kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan seluruh pencinta - pencinta tarbiyah ini telah mendapat komitmen yang tinggi dari kedua - dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ] dan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

Penyertaan wajib kepada semua Exco DPPP , Exco DPP Negeri , Ajk DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada mahasiswa\i dalam dan luar negara serta para pemudi [ akhawat ] dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau direct kepada Sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya . Insyaallah mekanisme pendaftaran secara online sedang disiapkan . [ Jika lambat , akhawat disarankan daftar segera ke pejabat DPP Negeri atau Pusat ]

TENTATIF
01 Oktober 2010 [
Jumaat ]
~ kandungan ~

04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk

06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah

08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
~ Solat Isyak dan Makan malam ~

10.15 pm : Majlis Perasmian oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] .

02 Oktober 2010 [ Sabtu ] ~ kandungan ~
Qiamulail dan Bicara Subuh

Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh :
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman

Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh :
Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]

Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh :
Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh :
Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ]
Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ]
Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ]

Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh :
Wakil Gerakan Islam Luar Negara
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ]
Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ]

03 Oktober 2010 [ Ahad ] ~ kandungan ~
Qiamulail dan solat fardhu berjamaah

Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh :
Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]

Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh :
Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]

Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh :
Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad

Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh :
Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ]
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ]

Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima'

Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH

Majlis Berbuka Bersama Anak Kedah di Lembah Kelang akan diadakan pada:
Tarikh : 29 Ogos 2010
Tempat : Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya.(Sebelah Menara MBPJ dan PJ Hilton)
Masa : 5:00 ptg - 8:00 mlm

Siapa patut hadir?
Semua anak Kedah yang berada sekitar Kuala Lumpur, PJ, Shah Alam, Kajang, Bangi, Ampang, Gombak, Selayang dan sekitarnya.

Siapa lagi mai?
EXCO, ADUN Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Parlimen Kedah.

Ada apa lagi?
Ucapan Daripada YAB Menteri Besar dan Taklimat perkembangan Negeri daripada Urusetia Penerangan.

Acara lain?
Makan buka puasa. Tiada bayaran!

Nak hubungi siapa?

013-5844310 (Afnida)
019-9902839 (Solehah)
04-7312136 (Pejabat MB Kedah)
012-4827563 (Ust Musadaq - Urusetia Penerangan)
019-4706247 (Ust Rosli - Urusetia Belia)

Sila SMS kehadiran jumlah kehadiran anda dan rakan-rakan.Tempat terhad kepada 1000 orang pertama...Mai Jangan Tak mai!

Monday, August 16, 2010

KURMA HARAM PULA ...

Salamualaikum…

Ish.. tiba-tiba pula tahun ni, banyak cerita yang ana dengar tentang kurma. Semasa mencari bahan tentang produk halal di internet, terjumpa satu artikel yang pelik bunyi tajuknya ‘KURMA HARAM’.

Yang kita ketahui kurma ini merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Tambahan pula bulan puasa ni.. Kurma ni, dah jadi macam makanan wajib sebelum berbuka bagi kebanyakan penduduk Malaysia. Kalau negara lain, tak tahu la pulak nak kata sebab tak pernah sampai. Teringin pula nak pergi ke negara lain. Kali ni bukan setakat kena boikot beli saja, tapi haram makan walaupun percuma. Betul ka haram? Ada juga perbahasan tentang halal haram campuran kurma dan kismis di radio 2 bulan lepas diantara dua buah syarikat yang terkenal di Malaysia ni. Berhujahkan orang jahiliyah zaman dahulu mencampurkan kurma dan kismis untuk dijadikan arak. Ada perbahasan lanjut lagi, masing-masing dengan hujah mereka, tapi bukan ini yang nak dikongsikan.

Inilah artikel pendek untuk dikongsi bersama untuk pengetahuan semua

‘ Agak-agak korang la kan, kurma ni halal ke x? Member aku bwk balik dari opis, ade customer bagi. Kurma ni datag sekali dengan kurma2 halal yg lain. Klau korang peka, gambar depan tu mcm gambar Virgin Mary, jenama MOTHER. Dikatakan, kurma ni diperam ngan holy water. So, beware my friends!! Sediakan payung sebelum hujan jer....al-maklum ler sekarang ni banyak sangat kes pelik....’

WALLAHU A’ALAM BISSOWAAB…

Tuesday, August 10, 2010

Boikot Kurma??

"Salam

Sekarang bulan puasa bakal menjelma...berhati- hati...be careful of Kurma Yahudi ...

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi
di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal
yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang
kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma
itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi." email. Ini adalah email yang ana dapat dari seorang sahabat.
Selepas solat subuh tadi, smpat juga buka internet cari kot-kot ada maklumat tentang kurma ni.. maka dapatlah gambar kurma yang dimaksudkan oleh email tadi.
Entahlah betul ka tidak maklumat email tu, sebab tak dapat maklumat terperinci tentang kurma ni. Kalau tengok kat label tu, mungkin betul sebab TESCO pun milik yahudi. Nak ambil jalan mudah, yang mana boleh elak, cuba elakkan. Setakat kurma tu, tak beli pun dah banyak orang bagi. Dekat pasar ramadhan, pasar malam & lain-lain pasar bukan main banyak jenis kurma. Ha, yang terkenal kat malaysia ni.. Yusuf Taiyoob. Tinggai ja Jordan River tu senang.

Masa tengah mencari maklumat terjumpa pula satu artikel yang nampak gaya macam tak puas hati dengan email boykot kurma Jordan River ni...

"Bukan kurma the Jordan River's saja, kalau nak boikot, ni ada banyak lagi:
1. Tidak makan fast food amerika seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hut,
2. Tidak memakai komputer, karena semua operating systemnya dan sebagian besar aplikasinya bikinan JAHUDI.
3. Tidak nonton TV, mendengarkan radio, pakai telepon, handphone, pager,
4. Memohon ampunan kepada Tuhan karena telah membaca e-mail ini karena e-mail ini dibuat dengan menggunakan 100% totally TEKNOLOGI JAHUDI.
5. Tidak naik pesawat ke Afganistan untuk jihad karena pesawatnya buatan Amerika.
6. Kalau naik haji pakai onta saja, karena semua detail teknologi adalah produk JAHUDI.
> Peter Jan Levi " ni sebahagian daripada artikel tu. sebenarnya panjang lagi.

Kasar juga email ni.. tak tahulah niatnya baik untuk memberitahu tentang produk yahudi untuk diboikot atau su'uzzhon nya, komputer, email, handphone, kapal terbang kita dok guna juga. Tak boleh tinggai, tak boleh hidup tanpa teknologi yahudi. Macam diperli pun ada, dicabar pun ada jugak.. WallAhu a'alam. Fikir-fikirlah sendiri. Kalau niatnya baik, semoga Allah merahmatinya, tapi jika niatnya x baik, kita doakan supaya Allah hancurkan kaum yahudi dan sekutunya supaya dunia dapat melihat keagungan ISLAM.

Sunday, August 8, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak

Wednesday, August 4, 2010

Allahumma baariklana...

Baru-baru ni saja sudah dua orang ahli keluarga sahabat ana yang meninggal dunia. Bila terkenang balik, dari ramadhan yang lepas dah ramai yang meninggalkan kita. Rasa sedih jugak. Lebih sedih dan pilu lagi apabila yang meniggal itu adalah dikalangan ahli keluarga ana sendiri. "Allahummaghfir lahum warham hum wa'afihim wa'fu 'anhum". Semoga mereka dirahmati Allah dan berada dikalangan orang yang sedikit. Tapi, itulah ketentuan Allah dan itulah yang terbaik bagi Allah taala dan bagi semua umat manusia. Sepatutnya kita perlu mencari hikamah disebalik kejadian yang berlaku. Tak salah nak bersedih sebab nabi pun sedih bila anaknya meninggal… yang salahnya x redho dengan apa yang berlaku. Betul tak?? Takut la juga… kalau-kalau tak sempat nak sampai Ramadhan akan datang. Tak sempat nak mendapat kelebihan yang dijanjikan Allah di bulan Ramadhan. Takut mati bukan sebab cintakan harta dunia, pangkat atau isteri 'bukan kata tak cinta', tapi risau ilmu dan amalan yang tak seberapa nii.. CUKUPKAH SUDAH AMALAN KITA ??? Nabi pesan supaya 'beramal untuk dunia macam nak hidup kekal dan beramal untuk akhirat macam nak mati esok', tapi ana tak boleh nak sampai tahap tu lagi.. Semoga kita semua sempat menikmati kelebihan yang dijanjikan di bulan Ramadhan dan menjadikannya Madrasah Tarbiyyah Diri untuk meningkatkan amalan di bulan-bulan yang akan datang.


اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Sunday, August 1, 2010

Wasoya arRasul

Antara Wasiyat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan

.... Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!
Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air…