1.
Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang
Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi
pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau
bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
2.
Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan
kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa
kebencian ditinggalkan.
3.
Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk
memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta
membuang wang dan membazir.
4.
Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak
isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana
memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada
perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri
kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
5.
Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan
malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya
tidak tergendala pekerjaan suami.
Jika
semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah
rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.