Selamat Datang ke blog Rahmart enterprise

Selamat Datang. Blog ini akan berfungsi sepenuhnya sedikit masa lagi..

LAILATUL QADAR

Mari kita sama-sama mencari lailatul qadar di 10 malam terakhir. Banyakkan IBADAH, bukan banyak BELI-BELAH... banyakkan AMALAN bukan MAKAN...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Tempahan masih lagi dibuka sehingga 25 Ogos 2011

IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd. BACA LANJUT ...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Jom.. Membeli sambil menderma kepada Hal Ehwal Sekolah Agama

Tuesday, December 27, 2011

SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012

Assalamualaikum. Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH Dengan Kerjasama PEJABAT DAERAH KULIM terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Padang Serai dan Kulim/ Bandar Baharu…

Tarikh : 31 Disember 2011

Masa : 8.00 malam – 12.00 malam

Tempat : Dataran Dewan Putra, Kulim, Kedah Darul Aman.

ANTARA ACARA MENARIK :

PETANG

5.00 Petang, di Stadium Keladi –

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN, SKUAD PILIHAN KEDAH VS SKUAD PILIHAN KULIM

MALAM

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Tarian Singa ( Cina)

Tarian Merak (India)

Persembahan Gendang Tiga kaum

PERSEMBAHAN NASYID

Dzil Afnan

Iwan Dangdut Syahman

PERTUNJUKAN ILUSI

Amar

PERSEMBAHAN PANCARAGAM

Sek. Men. Sultan Badlishah, Kulim.

Monday, October 10, 2011

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2011



Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011.
*Tertakluk kepada perubahan

Hari Pertama : 28 Oktober 2011
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din : Timbalan Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian

Oleh:
YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Ustaz Idris Bin Ahmad

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura)
Pengulas : Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS)
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa

Ahli Panel :
Dr. Zuhdi Marzuki : Pengarah Strategi DPP Malaysia
Dr. Abu Hassan,
Ustaz Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Maghrib:
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM)
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Nasharudin Mat Isa - Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 2: PAS dan Ijtihad Politik

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin at Takiri
Pengerusi: Dr. Raja Iskandar - Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss.

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd..

Friday, August 19, 2011

IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum....
Ha, atas tu wajah baru blog ana. Apa kaitan blog dengan ibadah??? Mesti yang pelik tajuk dengan gambar tu kan?? Kalau tak pelik pun tak pa. Sebenarnya ana baru 80% mengubah konsep blog. Ana harap perubahan ini menjadi ibadah kerana ana jadikan blog ini untuk tujuan promosi jualan barangan dan makanan yang terpilih untuk tujuan sumbangan kepada Hal Ehwal Sekolah Agama. InsyaAllah sedikit masa lagi ana akan siapkan. Tak tahu la sempat ka tak sebelum raya kerana banyak tugas dan benda lain yang perlu fikir. Kalau nak pikir pasai blog saja, memang boleh siapkan..

Alhamdulillah tadi pun dah cuba masukkan iklan dalam kedahlanie http://www.kedahlanie.info/. Masuk ka tak lagi ana pun tak tau..

Sebelum tuu. Lanie tengah promosi untuk kerepek sempena hari raya. Sapa berminat bleh kol terus atau sms atau email. Tempahan dibuka sehingga 25 Ogos 2011. InsyaAllah berpatutan. Nak tengok gambar dan harga boleh klik dekat produk muslim tu...

Penghantaran macam mana?
Oleh kerana nak pos dah tak sempat, ana akan terus hantar ke rumah, tapi rumah yang on my way to Kulim dan Pahang saja lah ya.. Yang ni tak perlu kos penghantaran..

Untuk yang lain dari perjalanan pulang, ana akan caj penghantaran RM 0.50 untuk setiap kilometer bermula dari Guar Chempedak atau Alor Setar (mana-mana yang dekat) . Contoh pengiraan (Guar ke Alor Setar, 44.6 KM. Kira 44 Km x RM 0.50 = RM 22.00 sahaja. Tapi ke Alor Setar ana tak ambik kos penghantaran sebab rumah ana kat situ. Apa-apa pun untuk kos penghantaran rujuk ana dulu lah yer.. No. fon ana : 013 4332730 (Rahimin)