Selamat Datang ke blog Rahmart enterprise

Selamat Datang. Blog ini akan berfungsi sepenuhnya sedikit masa lagi..

LAILATUL QADAR

Mari kita sama-sama mencari lailatul qadar di 10 malam terakhir. Banyakkan IBADAH, bukan banyak BELI-BELAH... banyakkan AMALAN bukan MAKAN...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Tempahan masih lagi dibuka sehingga 25 Ogos 2011

IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd. BACA LANJUT ...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Jom.. Membeli sambil menderma kepada Hal Ehwal Sekolah Agama

Tuesday, June 30, 2009

E G O..
Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.

Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin. Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Rasa tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Apatahlagi orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.
2. Kuasa tidak dianggap amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Bila tiba gilirannya pula berada di bawah, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya.
3. Payah hendak bertegur sapa kerana merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
4. Melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.
5. Lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol dan mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.
6. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.
7. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
8. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
9. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.
10. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

Yang ni masing-masing ada. Tak payah tanya pun takpa. Yang beza cuma tahap egonya saja.. Mudah-mudahan kita dapat mengikis sifat ego kita sempena rejab yang mulia ini...

Friday, April 3, 2009

Salam Imtihan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat. Rasanya dah lama ana sendiri tak buka blog ana ni.. tak tau la, nak kata sibuk, ana ni bukan PM pun.. Ana sebenarnya nak mengucapkan kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang akan berdepan dengan exam esok lusa ni terutamanya sahabat-sahabat di KUIN. Semoga ALLAH berikan yang terbaik tuk kalian. Jangan lupa.. Dismping berusaha, solat hajat jangan lupa pula. Nak cantik lagi.. bila pulun ngapai malam-malam tu jangan plak sampai ter ’GAJAH’ Subuh tu. Bukan pa, takut klu kita ‘najah’ pun tak berkat.. Jangan marah ye, sekadar renungan tuk diri ini dan sahabat-sahabat.Keputusan yang akan kita peroleh nanti, itulah yang terbaik tuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik tuk hambanya disamping usaha kita. Bersyukurlah dengan apan yang akan kita peroleh nanti, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang bersyukur nanti..

InsyaAllah ana bercadang tuk sabung pengajian MA. Jika itulah yang terbaik tuk diri ini dan AgamaNYA, ana pohon sahabat-sahabat tuk doakan ana supaya dipermudahkan segala urusan.. Jika tak, doa bagi payah ler.. Hmm. Apa-apa pun terima kasih kepada sahabat-sahabat yang selama ini banyak menolong ana.



Wednesday, March 18, 2009

Daurah Tafaqquh Fiddien

Clik pada gambar
Pengajian Secara Langsung (Online)

bersama Al-Fadhil As-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
dari Masjid Al-Bukhary, Alor Malai, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Hari Ahad, 22 Mac 2009

Waktu Malaysia : 6.30 petang
Waktu Mesir : 12.30 tengah hari
Kitab : Hadith Riwayat 10 Sahabat [Jilid 2]

---

Hari Isnin hingga Khamis, 23 - 26 Mac 2009

(1)
Waktu Malaysia : 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
Waktu Mesir : 3.00 pagi hingga 4.30 pagi
Kitab : Tahzib Misykat Al-Masobih

(2)
Waktu Malaysia : 10.45 pagi hingga 12.00 tengah hari
Waktu Mesir : 4.45 pagi hingga 6.00 pagi
Kitab : Nasoeh Diniah

(3)
Waktu Malaysia : 8.00 malam hingga 10.00 malam
Waktu Mesir : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Kitab : Hadith Riwayat 10 Sahabat [Jilid 2]