Selamat Datang ke blog Rahmart enterprise

Selamat Datang. Blog ini akan berfungsi sepenuhnya sedikit masa lagi..

LAILATUL QADAR

Mari kita sama-sama mencari lailatul qadar di 10 malam terakhir. Banyakkan IBADAH, bukan banyak BELI-BELAH... banyakkan AMALAN bukan MAKAN...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Tempahan masih lagi dibuka sehingga 25 Ogos 2011

IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd. BACA LANJUT ...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Jom.. Membeli sambil menderma kepada Hal Ehwal Sekolah Agama

Tuesday, February 28, 2012

Ingat 5 sebelum 5



Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Penjelasan:

1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

sumber : ohislam.com

Friday, February 24, 2012

PUNCA DAN CARA TANGANI STRESS

Untuk dikongsikan bersama-sama sahabat sekalian. Semoga dapat manafaat bersama untuk kurangkan stress... lama dah tak update blog. Rasa macam malas dah nak update.

Tuesday, January 31, 2012

Minggu Penghayatan Sunnah

Salam kepada semua. Marilah kita sama-sama meramaikan Majlis ilmu bersama Tuan Syeikh Muhammad Noruddin bermula 1 Februari hingga 5 Februari..


Jangan ketinggalan juga untuk bersama-sama Majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah S.A.W..
Ni jadualnya..