Selamat Datang ke blog Rahmart enterprise

Selamat Datang. Blog ini akan berfungsi sepenuhnya sedikit masa lagi..

LAILATUL QADAR

Mari kita sama-sama mencari lailatul qadar di 10 malam terakhir. Banyakkan IBADAH, bukan banyak BELI-BELAH... banyakkan AMALAN bukan MAKAN...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Tempahan masih lagi dibuka sehingga 25 Ogos 2011

IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS KEBANGSAAN

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd. BACA LANJUT ...

PROMOSI KEREPEK RAYA

Jom.. Membeli sambil menderma kepada Hal Ehwal Sekolah Agama

Sunday, March 27, 2011

TEMASYA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH HESA

"AL 'AQLU SALIM FIL JISMI SALIM" Aqal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat, itulah maksud ungkapan bahasa arab di atas. HESA yang merupakan satu NGO yang diamanahkan untuk menyatukan sekolah-sekolah agama rakyat di Kedah, akan mengadakan Temasya Sukan Sekolah-sekolah HESA buat kali yang kedua. Alhamdulillah setelah berjaya mengumpulkan sebanyak 33 buah sekolah dari setiap kawasan di Negeri Kedah, banyak program yang telah diatur untuk manfaat semua sekolah-sekolah di bawah HESA diantaranya kursus guru, kem kecemerlangan pelajar, kuliah tafaqquh, sukan dan sebagainya. Almaklumlah.. sekolah-sekolah agama rakyat ini, mana ada aktiviti-aktiviti macam ini sebelum ini. Temasya kali pertama telah diadakan pada tahun 2010, di Padang Awam Guar Chempedak. Temasya Sukan yang akan berlansung pada 2 April nanti memerlukan dana yang agak besar. Dianggarkan hampir RM 15,000.00 (lima belas ribu ringgit) diperlukan bagi menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Baru-baru ni, ana telah menghantar mesej kepada rakan-rakan. Alhamdulillah, terasa ringan sedikit kerana ramai sahabat-sahabat seKolej Universiti Insaniah dulu bagi respon untuk menyumbang bagi menjayakan temasya ini. Ana mendoakan semua sahabat supaya dimurahkan rezeki. Bak kata iklan " Baju kotor boleh dicuci, hati yang suci sukar dicari..". Masing-masing ada kemampuan tersendiri. Ana harap semua sahabat dapat membantu menjayakannya dengan apa yang termampu... tenaga, kewangan dan doa yang ikhlas. Akhir sekali kepada yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh terus bankin ke akaun
UNIT HESA

(02084010031579)

Bank Islam.

Friday, March 18, 2011

A'isyah Al-Humaira'...

Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 3 bulan usia anak ana, yang diberi nama A'isyah alHumaira'. Kalau boh binti lagi panjang la jadinya(A'isyah alHumaira' binti Mohd Noor Rahimin). Harap-harap muat la nanti nak tulis dalam MyKad.. Ada yang panggil Aisyah, ada yang panggil Humaira'. Ikut la nak panggil mana-mana pun, dua-dua pun elok. Humaira' ni, gelaran A'isyah, isteri nabi. Panggil gelaran pun, sama macam panggil nama.. ye tak?

Tu dah pandai posing sambil menerap(bahasa kedah). Pandai dah nak gelak dan menangis sekarang. Sebagai ayah, ana doakan semoga dia menjadi anak yang solehah dan tabah, memahami perjuangan... Hidup tak semuanya indah, tetapi syukur itu mengindahkan. Sekarang ana kena banyak lagi belajar. Bukan senang nak mendidik anak(Amanah Allah) yang terasa sangat besar. Kalau nak menternak, senang ja.. bagi makan cukup-cukup. Kalau nak mendidik itu yang susah.. Walau bagaimanapun amanah Allah ini mesti dididik sebaik-baiknya. Semoga Umi dia dapat membantu mendidiknya..

Saudara-mara dan sahabat-sahabat TOLONG LA DOA-DOA SAMA YER...

Saturday, March 12, 2011

Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera

Assalamualaiku.. Jom ramai-ramai kita pakat pi ke sambutan ini. Banyak acara menarik yang telah di aturkan untuk semua lapisan rakyat.. untuk maklumat lanjut pakat-pakat la layari web rasmi kedah sejahtera di http://http://www.kedahsejahtera.com/ untuk maklumat lanjut.

Sambutan ini juga merupakan satu medan dakwah untuk memberi penerangan kepada semua lapiran masyarakat yang berada di negeri Kedah ini. Pendek kata sambutan ini bukanlah sambutan yang berbentuk hiburan semata-mata tetapi, menjadi tempat menyampaikan keindahan Islam kepada mereka yang kurang memahaminya.. Macam program konsert yang berbentuk hiburan tiba-tiba diselitkan dengan persembahan oleh Dinijuri yang mengigatkan kita tentang kematian.. Secara tak lansung peminat konsert pun tertengok juga persembahan yang berbentuk peringatan tu. Kalau nak buat persembahan saja, dah comfirmm tak dak depa-depa tu... Islam tidak melarang kita berhibur, tetapi mestilah ada batasannya..

Semoga sambutan ini berjalan lancar dan diberkati Allah.

JOM PAKAT PI TUNJUKKAN SOKONGAN KITA KEPADA PIMPINAN NEGERI KEDAH