Wednesday, February 29, 2012

Wanita Tercantik

WANITA TERCANTIK..


Wanita tercantik : wanita yang menjaga auratnya mengikut syariat islam..



Assalamualaikum.. harini nak berkongsi cerita dengan semua. Mudah-mudahan dapat kefahaman. Ni cerita dah lama, lebih dua minggu lalu semasa penganjuran Kejohanan Boling Kedah Sejahtera. Alhamdulillah kejohanan berjaya dianjurkan dengan penyertaan lebih 40 kumpulan lelaki dan wanita. Yang bezanya kejohanan yang dibuat oleh Urusetia Belia Negeri Kedah ialah adanya syarat wajib menutup aurat bagi muslim (memang sejuk hati memandang) tapi kalau kerap sangat pandang lain pulak jadinga.

Secara keseluruhannya banyak yang datang dengan cara pemakaian muslimah seperti yang dituntut. Tapi ada yang datang dengan pakaian menutup aurat (mengikut pendapat mereka sendiri). Rasanya mungkin mereka tak dapat pendedahan sebenar mengenai aurat. Dengan bantuan Nisa’ Kedah, pemplet cara pemakaian mengikut tuntutan islam telah diedarkan sebagai salah satu cara dakwah kepada mereka.

Takpa la ada jugak gaya nak menutup aurat tu. Yang geramnya dalam laluan ke pusat boling tu, macam-macam ada tak kira orang melayu ka cina ka semua nampak macam sama ja. Pakaian masyaAllah, seksi bukan main macam tak pakai baju ja. Ni dah kira gangguan seksual kat lelaki dah ni. Macam mana la tak banyak kes rogol. Hari-hari diperangat dengan tayangan yang menggoda baik di televisyen, surat khabar dan keadaan persekitaran sebenar. Tu tak kira yang kafir, pakaian dia lagila macam berbikini ja..

Tolongla perempuan-perempuan oii… tension o lelaki kalau macam ni. Kesian, takut perempuan lain yang jadi mangsa tempias nafsu kerana pakaian mu. DIMANAKAN TERLETAKNYA MARUAH SEORANG WANITA???

Jom tengok di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?

Salahnya kerana mereka sangka ….

Aku dah pakai tudung.. Cuma..

‘T-Shirt' berlengan pendek

Baju kebarungnya kain belah.

baju sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

pakai semasa ke pejabat sahaja

Tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Tudung nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Kesimpulannaya mereka menyagka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Sumber : www.zaharuddin.net

0 comments: