Sunday, November 16, 2008

Siri5

Apa yang kita Perjuangkan???

SubhanalLah ! Maha suci bagi AlLah SWT yang telah melimpahi segala nikmatNya kepada kita seluruhnya. Selawat dan salam perjuangan penuh penghormatan buat RasululLah SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat yang semuanya diredhai AlLah hendaknya. Ampunilah diri kami, sesungguhnya kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri.Pertamanya Ana ingin memohon maaf kepada semua atas kelawatan kerana tersibuk sedikit.

Mafhum hadis nabi s.a.w.” sesungguhnya didalam diri seseorang itu ada seketul darah. Jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya dan jika ianya buruk, maka buruklah jasad seluruhnya. Itulah hati.

Betapa jauhnya kita yang mengaku menjadi pejuang Agama Allah denganNya. Tanpa kita sedari makin hari, makin jauh kita dengan Allah. Kita bagaikan ‘syok sendiri’, menyangka bahawa kitalah yang terbaik sedang kita melakukan maksiat tanpa disedari. Bukan tidak sedar, tetapi sengaja tidak mahu menyedarinya. Realiti pada waktu ini kita lebih banyak melayani kerenah nafsu dari mengikut pedoman Quran dan Sunnah. Tepuk dada, tanyalah hati… Apa yang telah kita lakukan?

Ingatlah!! Tiada ada orang yang terpelihara dari dosa selain nabi dan rasul. Jadi janganlah kita menafikan bahawa kitapun berada dalam posisi yang terdedah kepada maksiat dan dosa. Mengapa ini berlaku?? Ana percaya semua tahu akan jawapannya. Rata-rata kita hanya menitikberatkan penjagaan zahiriah dari batiniah. Betapa kita sungguh risau, dan berjaga-jaga untuk memastikan penampilan kita menarik dipandang manusia dan betapa kita endah tak endah dan sambil lewa untuk memastikan hati dan jiwa sentiasa bersih untuk Pencipta kita.

Kalau baju ada sabunnya, kalau muka ada pencucinya, pendek kata kalau untuk ketarampilan zahiriah ini semuanya kita ada untuk untuk digunakan dan memang kita menggunakannya. Bukan ana ingin melarang sahabat-sahabat dari menggunakannya tetapi hanya ingin mengingatkan diri ana dan sahabat bahawa hati kita juga ada pencucinya sepertimana sabda nabi s.a.w yang mafhumnya “ Tiap sesuatu itu ada penggilapnya, penggilap hati ialah zikrullah…. Ila akhir”. Persoalannya disini, sejauh manakah kita menggunakannya?? Kiralah sendiri berapa lama kita mengambil masa memikirkan soal lahiriah berbanding batiniah. Ingatlah sahabat..hanya hati yang sentiasa mengingati Allah yang dapat menggilap segala karat-karat dan menjadi peka dengan tuntutan syara’, tidak akan memandang sambil lewa apa yang telah disyariatkan Allah. Tidak hairanlah jika kita tidak rasa bersalah melakukan maksiat dan segera bertaubat jika melakukan kesalahan. Perjuangan menjadi alasan yang paling kukuh untuk setiap apa yang kita lakukan, tanpa kita sedari kita telah mengutamakan nafsu sedangkan kita tahu nafsu sentiasa menyeru kepada kejahatan. Alasan-alasan dan dalil-dalil yang dirasakan sesuai dan kukuh dikeluarkan semata-mata ingin melayan kerenah nafsu. Pada ketika ini sebenarnya nafsu telah menjadi penasihat peribadi kita yang paling setia dan sanggup berkorban untuk kita walau tidak diupah. Selamanya tujuan yang baik itu tidak boleh menghalalkan cara yang buruk. Diharapkan kita dapat memikirkan sejenak apa yang kita perjuangkan? apa yang kita lakukan? adakah perilaku kita dapat merealisasikan matlamat perjuangan? Dan mendapat rahmat Allah? . Berfikirlah menggunakan akal yang waras dengan hati yang mengingati Allah tanpa nasihat nafsu…

0 comments: