Tuesday, February 15, 2011

Boleh ka sambut Maulidulr Rasul??

Memang dah diketahui umum perayaan Maulidulr-Rasul merupakan satu perayaan yang kontrovesi. Sebelum tu, ana nak ucapkan selamat menghayati sunnah Rasul S.A.W. Jika tak boleh buat semua, jangan tinggal semua, kalau ikut kaedah fiqh tuu.. Usaha la yang termampu untuk mengikut sunnah Rasul s.a.w, semoga kita diberi ganjaran oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang miskin.. Para ulama' berbeza pendapat berkaitan dengan perayaan ini. Walaubagaimana pun ianya terpulang kepada niat kita untuk meraikannya. Jika niat untuk menyampaikan da'wah dan mendekatkan diri dengan sunnah dengan sambutan ini, apa salahnya. Seringkali yang dilakukan di negara kita adalah berarak sambil bersolawat, pertandingan membaca al-quran, hafazan dan sebagainya. Bukankah bersolawat, membaca Quran, dan menghafaz alQuran adalah perkara yang digalakkan dalam Islam?? Apa yang penting, jangan pulak tak solat kerana penat berarak mengelilingi kampung dan sebagainya..
Ana tidak berniat untuk datangkan hujah-hujah atau sebagainya kerana banyak sumber kita boleh dapatkan maklumat tentang perkara ini.. SEGALANYA MUDAH, DUNIA DI HUJUNG JARI.
.

0 comments: