Sunday, March 27, 2011

TEMASYA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH HESA

"AL 'AQLU SALIM FIL JISMI SALIM" Aqal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat, itulah maksud ungkapan bahasa arab di atas. HESA yang merupakan satu NGO yang diamanahkan untuk menyatukan sekolah-sekolah agama rakyat di Kedah, akan mengadakan Temasya Sukan Sekolah-sekolah HESA buat kali yang kedua. Alhamdulillah setelah berjaya mengumpulkan sebanyak 33 buah sekolah dari setiap kawasan di Negeri Kedah, banyak program yang telah diatur untuk manfaat semua sekolah-sekolah di bawah HESA diantaranya kursus guru, kem kecemerlangan pelajar, kuliah tafaqquh, sukan dan sebagainya. Almaklumlah.. sekolah-sekolah agama rakyat ini, mana ada aktiviti-aktiviti macam ini sebelum ini. Temasya kali pertama telah diadakan pada tahun 2010, di Padang Awam Guar Chempedak. Temasya Sukan yang akan berlansung pada 2 April nanti memerlukan dana yang agak besar. Dianggarkan hampir RM 15,000.00 (lima belas ribu ringgit) diperlukan bagi menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Baru-baru ni, ana telah menghantar mesej kepada rakan-rakan. Alhamdulillah, terasa ringan sedikit kerana ramai sahabat-sahabat seKolej Universiti Insaniah dulu bagi respon untuk menyumbang bagi menjayakan temasya ini. Ana mendoakan semua sahabat supaya dimurahkan rezeki. Bak kata iklan " Baju kotor boleh dicuci, hati yang suci sukar dicari..". Masing-masing ada kemampuan tersendiri. Ana harap semua sahabat dapat membantu menjayakannya dengan apa yang termampu... tenaga, kewangan dan doa yang ikhlas. Akhir sekali kepada yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh terus bankin ke akaun

UNIT HESA

(02084010031579)

Bank Islam.

0 comments: