Sunday, November 9, 2008

Siri4

`NEGARA ISLAM` - PERJUANGAN SEMAKIN KABUR

Kesyukuran yang tinggi kita panjatkan kepada Allah SWT, selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW, ahli keluarga, para sahabat yang dimuliakan seterusnya kepada semua pejuang-pejuang agama Allah sampailah hari qiamat.


`Negara Islam` telah menjadi tuntutan yang lumrah bagi ummat Islam di mana sahaja, lebih-lebih lagi kepada mereka yang benar-benar beriman dan berpegang teguh dengan tuntutan beragama sebagai satu cara hidup, nizam al-hayat atau `way of life`. Sebaliknya pula bukan semua dikalangan ummat Islam menyedari dan memberi sokongan serta berusaha ke arah matlamat umum tersebut.

Ada yang insyaAllah berusaha bersungguh-sungguh, ada yang bekerja kuat siang malam tapi setakat berpolitik, ada yang ikut angin masa seronok, ada yang sambil lewa kerja `part time`, ada yang ikut belah mana ramai, ada yang kira buat ibadat supaya bagi semua orang jadi baik itulah negaranya , ada yang dah kalut lagi gawat terpaksa beruzlah tapi yang pelik hanya untuk `syok sendiri-sendiri` dan ada juga yang kata tak payah kerana dah `negara Islam` kita diami ini.

Keadaan ummat ketika ini mengingatkan kita akan kisah tiga orang buta mentafsirkan gajahtelinga mendakwa gajah macam kipas, yang pegang kaki mendakwa gajah macam tiang dan yang pegang ekor pula mendakwa gajah itu kecil sahaja boleh digenggam macam politik saja…op! maaf tersasul pula! Memang lah betul dia pegang `seekor` gajah tapi ekornya sahaja la yang dipegangnya itu. mengikut tempat dan kedudukan masing-masing memegang dan meraba-raba akan makhluk Allah yang besar tersebut. Yang pegang

Tapi sekarang ini bukan lagi 3 orang buta nampaknya, dah hampir semuanya meraba-meraba tasawwur perjuangan Islam, hanya segelintir sahaja insyaAllah istiqamah memegang panji-panji perjuanganNya biarpun terpaksa menggigit akar dan umbut kayu di pedalaman serta daerah kesempitan lainnya. Ya Allah! Masukanlah kami pejuang-pejuang Islam di akhir zaman ini dalam golongan yang sedikit seperti mana yang telah KekasihMu Muhammad SAW juga pernah berdoa agar dimasukan dalam kelompok yang sedikit tetapi mendapat redha Allah dan keampunan dariNya.

Rupa bentuk atau konsep kenegaraan Islam yang macamana dan bagaimana untuk merealisasikannya sudah jarang diperbincang serta dibahaskan di kalangan ummah. Rata-ratanya menjadi sibuk dengan perkara-perkara sekunder tidak perkara primer. Malah ada yang senang-senang meletak atau menggunakan kaedah fiqh untuk kepentingan kelompok sendiri. `Tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya itu sendiri menjadi wajib` Kaedah fiqh di sini adalah merujuk kepada cara berwudhuk atau menyempurnakan wudhuk- membasuh atau meratakan air dari hujung jari sehingga ke siku wajib, jadi untuk memastikan sampai ke siku maka timbullah kaedah iaitu melebihkan/melepasi garisan ukur-lilit siku itu sebagai bukti telah sempurna yang wajib tadi.

Cukup bahaya jika kaedah ini diletakkan pada kedudukan yang lain apa lagi tak tepat. Tidak dapat ditegakkan sebuah Negara Islam melainkan dengan kuasa/politik maka kuasa politik di sini pun dikatakan wajib. Sedangkan pihak tersebut menafsirkan politik cara berpilihanraya sistem demokrasi iaitu membuang undi. Sebenarnya siasah syareiyyah di dalam Islam tidak terikat dengan sistem demokrasi atau apa pun sistem jahiliyyah. Sepatutnya kaedah fiqh tersebut diletakkan pada kedudukan berikut- Tidak dapat ditegakkan sebuah Negara/Daulah Islam melainkan dengan tegaknya sebuah Harakah Islamiyyah terlebih dahulu, maka menegakkan Harakah dan menyempurnakan sebaik-baiknya adalah priority ummah buat masa kini.

Wahai saudara ummah ku nampak dak! Bagaimana jika salah letak sesuatu kaedah itu menyebabkan kita tersalah memberi tumpuan. Kita dah merasa cukup dengan keahlian yang ramai tetapi sebenarnya kita baru cuma harakah ummat Islam, bukan lagi harakah Islam yang menjadi wajib tadi. Samalah dengan Negara-negara ummat Islam (OIC), bukan Negara Islam, kerana Daulah/Harakah Islam dia ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Saya teringat ada seorang negarawan ada mendakwa Malaysia adalah Negara Islam lalu disanggah oleh seorang tokoh politik pembangkang dengan sindiran sinis iaitu `kalau beca roda tiga nak diletakkan lambang mercerdes, kemudian mendakwa beca tersebut kereta mercerdes juga boleh la… tapi orang ramai akan kata pelawak ` Begitu jugalah saya takut ummah yang sedar akan kata `pelawak` juga jika baru menepati ciri-ciri harakah ummat Islam kita dah mendakwa Harakah Islam.

Berbalik kepada politik berpilihan raya dalam sistem demokrasi yang telah diambil oleh ulama`-ulama` terdahulu sebenarnya adalah sebagai salah satu percubaan atau tajribah/eksperimenrealiti baru ketika itu, bukanlah sesuatu kaedah yang hanya satu-satunya sahaja. Saya rasa perlulah ummah dan semua pihak yang diwakilinya membuat kajian semula sejauh mana ianya memberi manfaat dan setakat mana pula ianya diperlukan sahaja bagi menghadapi tanpa mengabaikan tanggungjawab sebenar membina dan membentuk Harakah Islamiyyah yang benar-benar membangunkan Hadharah Islamiyyah.

Nabi SAW berhijrah ke Madinah, jangan hanya dilihat oleh kita bagi sesuai dengan selera nafsu kita sahaja. Ada yang mengemukakan persoalan- Kenapa Nabi berhijrah, kerana nak menegakkan Negara Islam, sebab di Mekah tak boleh laksana undang-undang Islam. Sebab itu wajib katanya kita tegakkan Negara Islam. Memang betul wajib menegakkan Negara Islam, tapi bukan dengan mengikut cara hawa nafsu `musta’jilun`, mestilah mengikut kaedah atau tunjuk ajar Nabi SAW.

Perjuangan menegakkan Hadharah Islamiyyah di Madinah telah bermula 13 tahun di Mekah dengan sekurang-kurangnya 2 percubaan/eksperimen hijrah iaitu ke Habsyah dan ke Taif. Seterusnya mengadakan perjumpaan dengan khabilah-khabilah dari Madinah pada musim haji dan mengIslamkan mereka lalu menghantar naqib atau murrabi kepada mereka bagi membina hadharah awal di sana. Maaf saya lebih suka menyebut Hadharah Islamiyyah di Madinah bukan Negara Islam Madinah kerana istilah negara itu sendiri telah diberikan oleh generasi kemudian, Lagi pun istilah negara itu menjadikan ummah mudah keliru kerana ummah akan membandingkan dengan negara yang ada pada hari ini. Sedangkan yang Nabi dan para sahabat generasi pertama dulu tegakkan ialah, peribadi, biah termasuk keluarga yang berimankekuatan ukhuwah dan ummah itulah sebenarnya hadharah. membina

Hadharah menuntut kita membina bersama-sama atau menyemai, menanam, memelihara, menjaga serta mempertahankannya berbeza dengan menegakkan `negara Islam` dengan berpolitik pilihan raya hanya memerlukan sokongan sahaja tak kira dari sesiapa pun, tak mustahil `hantu` pun dapat di terima apabila terdesak!! Sekian, wallahu`alam.

0 comments: