Monday, August 16, 2010

KURMA HARAM PULA ...

Salamualaikum…

Ish.. tiba-tiba pula tahun ni, banyak cerita yang ana dengar tentang kurma. Semasa mencari bahan tentang produk halal di internet, terjumpa satu artikel yang pelik bunyi tajuknya ‘KURMA HARAM’.

Yang kita ketahui kurma ini merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Tambahan pula bulan puasa ni.. Kurma ni, dah jadi macam makanan wajib sebelum berbuka bagi kebanyakan penduduk Malaysia. Kalau negara lain, tak tahu la pulak nak kata sebab tak pernah sampai. Teringin pula nak pergi ke negara lain. Kali ni bukan setakat kena boikot beli saja, tapi haram makan walaupun percuma. Betul ka haram? Ada juga perbahasan tentang halal haram campuran kurma dan kismis di radio 2 bulan lepas diantara dua buah syarikat yang terkenal di Malaysia ni. Berhujahkan orang jahiliyah zaman dahulu mencampurkan kurma dan kismis untuk dijadikan arak. Ada perbahasan lanjut lagi, masing-masing dengan hujah mereka, tapi bukan ini yang nak dikongsikan.

Inilah artikel pendek untuk dikongsi bersama untuk pengetahuan semua

‘ Agak-agak korang la kan, kurma ni halal ke x? Member aku bwk balik dari opis, ade customer bagi. Kurma ni datag sekali dengan kurma2 halal yg lain. Klau korang peka, gambar depan tu mcm gambar Virgin Mary, jenama MOTHER. Dikatakan, kurma ni diperam ngan holy water. So, beware my friends!! Sediakan payung sebelum hujan jer....al-maklum ler sekarang ni banyak sangat kes pelik....’

WALLAHU A’ALAM BISSOWAAB…

0 comments: